October 31, 2010

BIBLIOGRAFI P RAMLEE DI HISTORY CHANNEL

'Tiada kata secantik bahasa"

pergh...meleleh ayaq mata cik tembun tengok bibliografi ni. ntah macamana terbukak plak channel history malam ni selepas melayan movie Ultraman di saluran Ceria.memang rezeki sungguh.

Perkara yang saya baru dapat tahu:
1. Arwah Norizan pernah pi sepak Mariani sebab ada gossip skandal dengan PR. Saloma pi cari Norizan kat studio "U lempang kakak I, nanti I rampas suami you"

2.PR banyak menang awards peringkat antarabangsa which makes him the greatest Malay artist like..ever!
kebanyakan festival awards Asia sekarang dimenangi oleh China, Thailand , Asia Barat dan Korea. tapi saya tak tahu, masa PR hidup, dia legend kat sana. adakah filem Malaysia susah nak menang sebab kita takde direct ownership oleh syarikat Cina mcm Shaw Brothers?

3.Lee Kuan Yew mengarahkan Shaw Braders tutup studio Jalan Ampas sebab tak suka Union pekerja filem yang dianggotai oleh ramai kaum Melayu mogok.

4.Karier PR merundum setelah berpindah ke KL terima tawaran Studio Merdeka dengan 1000 janji manis to get him return to Kuala Lumpur. but at the end, they never keep their promises.

5.masa tu Filem Hindustan dan amerika dah berkaler, jadi filem PR yang hitam putih dilihat tak hip.orang malaysia takmo tengok.

6.Saat-saat akhir PR hidup melarat. dia sanggup jadi hakim pertandingan bakat untuk menyara keluarganya. takde member datang membantu. mungkin, dorang tak tahu sebab PR was so good in hiding his misery.

7. dia depressed sbb EMI dan studio Merdeka tamatkan kontraknya dan takde sapa nak bagi dia dana terbitkan filem warna sebab dia sudah tidak popular. dia takde undangan berlakon atau menyanyi. aku takbleh tengok part TV paparkan surat tamat kontrak yang diberikan oleh syarikat tersebut. Gambar PR monyok sambil memeluk tubuh sangat menghibakan. (the photo was shown a couple of times later, its still gives me the same impact..ayaq mata)

8.Pernah kena Boo dengan rakyat Malaysia masa nak nyanyi sebab masa tu orang Malaysia terhegeh-hegeh nak dengar Bettle,Supreme,etc. (again gambar No 7 disiarkan)

9.dia dan HM Shah menubuhkan Perusahaan Filem Malaysia (PERFIMA) dengan tujuan untuk menerbitkan filem PR. pada hari pertama pejabat PERFIMA dibuka, merka telah dipecat oleh shareholders lain kerana berpendapat filem pertama keluaran PERFIMA harus diarahkan oleh Jins Samsuddin sebab dia baru balik dari London belajar Filem. sekarang, ada korang ingat filem-filem Jins Samsudin? Saya tak.

10.PR dijadualkan kena masuk mahkamah pada hari kematian dia.kena saman sebab menjamin ada sorang hamba Allah tu(serius gua nak tahu sapa). dia mungkin mati sebab tekanan sebab apa yang paling dia takut adalah jumpa doktor dan masuk mahkamah.

11. Beliau adalah sepemurah-pemurah manusia. sanggup tolong orang wpun dia tahu orang tu cong dia. sanggup bagi duit kat orang yg dia rasa lebih memerlukan wpun dia sendiri takde duit.

12. dia tak bagi saloma buat kerja rumah. dia suka saloma duduk rehat and looks pretty.

ia membuatkan saya teringat cemuhan terhadap PR yang pernah saya dengar dulu pasal kemungkinan dia mati sebab pemabuk, suka berjudi (even memang dia bukak kedai mahjong).pendek kata anak seni macam PR ni memang jahat dan tidak ada agama.

it makes me reflects on myself.

Saya bukan pemabuk, saya juga bukan kaki judi, dan saya sembahyang.

tapi adakah manusia seperti saya ni lebih baik dari pemabuk dan kaki judi seperti digelarkan kepada PR sedangkan saya tiada bakti sekelumit pun pada agama, bangsa dan negara saya (seperti PR)?

p/s: dokumentari ini diarah dan diterbitkan oleh Shuhaimi baba dan mengambil masa 12 tahun untuk disiapkan. dorang dapat rare interview dengan beberapa orang yang rapat dengan PR seperti aziz zatar, kassim masdor, ahmad nawab, nasir p.ramlee(arwah), manager shaw bro, Mr Kwek(mendiang),mariani,etc. turut ada adalah klip interview dengan arwah norizan dan saloma. ada juga klip interview PR beritahu betapa pentingnya memartabatkan lagu2 melayu seperti dondang sayang, etc supaya hati anak Malaysia tak penuh dengan hiburan barat.

8 comments:

AjuA said...

tq sbb share. tak melanggan channel 555 jadi tak dpt tengok. :(

maznahpwi@yahoo.com said...

watched the documentary twice make me cd x sleep the whole night. byk kedukaan arwah P. Ramlee lps dia blk Msia. xda prasarana bole bantu dia generate his creative ideas masa arwah kt msia..so end up movie kt studio jln ampas srita yg low budget. bila nak mintak loan pun, semua bank reject. kenapa kerajaan kita x nak bantu dia masa tu..??? kenapa x da org percaya credibility arwah masa dia masih hidup?? bila dh mninggal baru nak baru anegerah, award la ..mmg sedih..

cik tembun said...

kadang-kadang kita kat atas, kadang-kadang kita kat bawah.

Anonymous said...

al fatehah buat arwah P.ramlee dan Saloma.Semoga kisah ini dapat menjadikan kita insaf tentang kehidupan sepertimana dalam lagu dan filemnya.Sayang perginya ditikakita baru belajar...

Anonymous said...

kesian tengok p ramlee masa kejatuhan dia..bukan senang nak bangun..asal dari susah..jadi senang..kemudian jadi susah..di tipu..di hina..di belot oleh anak didik sendiri(baru balik dari london)...masa penghujung byk wartawan yang mengutuk P Ramlee....kalau PR hidup sampai sekarang..dia mungkin kan hidup melarat ....walau apa pun.... aku bangga lihat ..ada juga melayu yang sanggup menyokong PR bangkit kembali...tahniah buat hamba allah itu..aku pun sedih lihat shaw brothers dan EMI hanya pentingkan keuntungan sahaja...

Anonymous said...

Byk iktibar dari kisah hidup PR....cuba perhati dengan mendalam...

Admiral Hafiz said...

mohon share eh

Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy

Anonymous said...

Bangsa Melayu Sangat Suka Menjatuhkan Orang Lain...Bila Tengok Dokumentari Tu,Aku Rasa Betul-Betul Sedih Sebab Wartawan Dan Pihak Media Pada Waktu Itu Hanya Tahu Mengkritik Sahaja....Cuba Dorang Buat Filem Sebijik Macam P Ramlee,Aku Nak Tengok Dapat Ke Tidak...